Pages

Friday, January 21, 2011

Voyage to Rotterdam, Netherlands

Perjalanan utk kali nie, ke Rotterdam, mengambil mase selama 4 minggu. Means 4 minggu lah ak akan mengadap laut dan langit. Setelah kitorang singgah sebentar di Port of Dumai, Indonesia utk loading tank terakhir, kitorang pon mulakan perjalanan jauh nie melalui Selat Melaka. Kitorang mendapat maklumat bahawa perjalanan kali nie akan dilindungi oleh PASKAL (Royal Malaysian Navy PASukan Khas Laut). Kitorang akan dijaga oleh PASKAL sehingga melepasi Teluk Aden. Bersama2 dengan kapal kami ketika itu, KD Inderasakti, Puteri Delima Satu (LNG Ship), dan beberapa buah kapal lain2 company. Kire cam convoi la, gerak ramai2. Kitorang akan ke Cochin (Kochi), India dahulu utk berkumpul kt sana sebelum gerak sama2 melepasi Teluk Aden. Barulah ak lega, rase cam selamat je perjalanan kali nie.


Setelah dibriefing oleh kapten pasal convoy nie, ak pon balik ke bilik dan terus call family ak. Still got coverage lagi sebab kt Selat Melaka. Ak gtau pasal voyage kali nie akan dijaga oleh PASKAL, saje xmau bagi family ak risau. Lagi2 umi ak, die memang risaukan ak since nak naik flight aritu lagi. Tapi ak xgtau pon strategi yg PASKAL guna nie sebab kitorang da dinasihatkan supaya xbocorkan pape pasal convoy nie kt sape2 even kt parents. Sume nie atas dasar keselamatan. Pastu, ak text si "A", gtau die serba sedikit pasal voyage ak kali nie. Ak cuba yakinkan die yg perjalanan kali nie akan selamat. Ak ingat lagi mesej last ak send kt die sebelum signal lost, "Awk, line da nk xde nie..awk jgn risau, smpai je kt sane sy gtau." Dan die xsempat reply.....Perghh, jiwang. Kah3~ Nasib baik die bukan awek ak mase tu, tidak sure ak nangis =D


Setelah seminggu gerak, kapal ak pon tibalah kt Cochin. Kitorang tunggu kapal-kapal lain yg belom lagi tiba. 2 hari jgk kitorang anchored kt sini sebelum sambung balik perjalanan melintasi Aden. Seramai 10 orang anggota PASKAL naik ke atas kapal kami dan juga kapal2 yg lain. Lengkap dengan senjata yg pelbagai yg selama nie ak hanya mampu tengok dan guna di dalam game Counter Strike saje. Dorang akan bergilir2 duty di atas deck dan bridge sepanjang melalui Teluk Aden. Bagaimana cara dorang duty dan beroperasi mase tu xbolehlah diceritakan disini. Top secret !!! Ehehhh....Mase kapal kitorang nk gerak passing Teluk Aden, kitorang sume diberi cuti selama 2 hari, means duk terperuk dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar ke atas deck selagi convoy belum tamat.

Nie la kapal KD Indera Sakti

Puteri Delima Satu

*******

Convoy nie kejap je, juz 2 hari. Lepas kitorang da lepas Teluk Aden dan sebelum masuk Suez Canal, anggota PASKAL dah pon meninggalkan kapal kitorang dengan helikopter dorang. Selama 2 hari convoy, anggota PASKAL nie xpernah tido. Dorang yg off duty pon still berkawal dan berjaga kt mess room. So, ak realize yg dorang nie sume memang bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Respect sama dorang lah !!! Alhamdulillah, kapal kitorang terselamat kali nie. Dan seperti yg dijanjikan, ak text laa si "A" gtau die yg ak da selamat. Xlupa jgk kt family ak, ak gtau dorang yg ak pasni akan ke Europe dan baki perjalanan ad lebih kurang 2 minggu lagi. Pasni da xde ap yg nk dirisaukan lagi. (Nak sedapkan hati umi ak je) Sekali lagi kitorang passing Suez Canal dan kali nie menuju ke Mediterranean Sea. Nak passing Suez Canal nie memang leceh sebab kitorang kena ikut turn. So, kitorang pon anchored la kt sini dulu buat beberapa hari sebelum dapat turn utk gerak merentasi terusan nie.


Kapal ak mengambil mase selama 2 minggu utk passing Suez Canal + Mediterranean Sea + Atlantic Ocean sebelum tiba di port seterusnya, Port of Rotterdam. Mase passing laut nie (Mediterranean), ak dapat rasa perbezaan suhu kiri dan kanan kapal ak. Paham? Sebelah kiri kapal agak panas, manakala sebelah kanan agak sejuk. Still xpaham? Nape? Sebab sebelah kiri kapal ak nie Libya, Algeria, Morocco, Tunisia (sume nie kawasan iklim khatulistiwa). Manakala sebelah kanan kapal ak plak, Italy, France, Spain, Germany (kawasan beriklim sejuk). So, kitorang yg kt tengah2 nie untung laa dapat rase dua2 suhu. Kalau nk panas, pegi sebelah kiri (atas kapal, kiri jadi port side), kalau nk sejuk plak, pegi sebelah kanan (lau kanan plak jadi starboard side). Nie lah keajaiban dunia yg dapat ak rasai sendiri seumur hidup ak. Memang satu pengalaman yg agak best =)

Nak bagi korang paham, ak siap bagi map lagi

*******

Di Atlantic Ocean, kitorang perlu melalui satu kawasan di mana keadaan ombak yg begitu ekstrem dan xsemua kapal dapat melepasi tempat nie (saje nk bg gempak) iaitu Bay of Biscay. Bay of Biscay nie memang femes dengan ombaknya yg besar dan ganas dan dikenali sebagai Home of Atlantic Ocean's fiercest weather. Ribut besar selalunya berlaku kt sini terutama ketika musim sejuk. Pada tahun2 sebelum nie, beberapa buah kapal yg melalui kawasan nie karam dan mengorbankan banyak nyawa. Xsemua kapal dapat melalui kawasan nie dengan selamat terutama ketika musim sejuk.

Bay of Biscay

Biscay Coast

*******

Keadaan laut kt sini memang ekstrem. Kapal ak pon rolling agak teruk sepanjang melintasi Bay of Biscay yg memakan masa selama sehari. Tapi jika nk compare dengan rolling mase Taufan Ketsana kt China tempoh hari, kt sini jauh lagi ok laa. Cuma kt sini rolling agak lame, seharian. Kapal ak pon da start bunyi cracking sana sini (kapal lama, normal laa). Syukurlah, setelah seharian deck officer berhempas pulas mengawal steering kapal, kitorang still manage to survive dan berjaya sampai ke English Channel dengan selamatnya. Dan tepat jam 12 malam, 19 November 2008 bersamaan dengan birthday ak yg ke-19, kapal ak akhirnya tiba di Rotterdam, Port of Rotterdam. Kat sini kapal kitorang akan discharge cargo serta bunker lagi minyak (da sebulan kapal xisi minyak). Kitorang stay kt sini selama 2 hari, actually kitorang nk kejar mase, xmau tunggu winter. Then kitorang akan gerak ke next port, Hamburg, Germany =)






*******

No comments:

Post a Comment