Pages

Wednesday, November 21, 2012

What Did You Sacrifice For Palestine?


Isu hangat sekarang nie di mana aku sering mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa adalah isu kekejaman Israel Laknatullah di bumi Palestine..tiap kali ak bkk je Facebook, mmg benda2 nie laa yg ak akan bace dulu sbb ak dah set FB ak utk get notification dr page yg ak follow iaitu, page Aqsa Syarif, Aman Palestin, Ya Allah Selamatkanlah Palestine, dan Dr Zainur Rashid Zainuddin..page2 nie sentiasa update pasal any news yg berlaku di bumi Palestine..cam page Aqsa Syarif, crew dorang sendiri yg berada di lokasi pada saat nie, so sbb tu lah dorang dapat update pelbagai berita yg berlaku di bumi Palestine, termasuklah menyiarkan beberapa gambar serta video yg diupload oleh mereka sendiri dari sane..mereka mempertaruhkan nyawa mereka utk menyampaikan sendiri berita tersebut kt kite sume, di samping membantu rakyat Palestine dr segi kebajikan..alhamdulillah :)

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Aqsa Syarif

Aman Palestin

Itu ap yg wakil dari Malaysia dah buat utk Palestine..mereka sanggup menggadaikan nyawa dorang, tinggalkan anak bini dan keluarga tercinta di Malaysia demi membantu saudara kite kt sane..kalau para pejuang mujahidin Palestine plak, ak xyah nk gtau laa kt sini ap yg mereka dah buat demi negara dorang..dah berdekad lamenye dorang berperang bermati-matian dengan penjajah Israel, demi membebaskan negara dorang nie..perjuangan dorang sgt mulia, dan tiap kali aku tengok wajah2 pejuang mujahidin seperti Briged Izzuddin Al-Qassam (Tentera Penggempur Palestine), tersemat kt hati ak utk join dorang berperang membebaskan bumi Palestine..even tiap2 malam sebelum tido sekarang nie, ak terbayang2 wajah aku bersama2 dengan pejuang Palestine tersebut..rase geram, benci, dan meluat terhadap pengganas Israel membara dalam jiwa ak..tp apakan daya, ilmu serta amal aku xsetanding dorang sume..sememangnya ak nie jauh berbeza dari para mujahidin tersebut dan ak xlayak utk bersama mereka..so, apa yg patut orang2 cam ak lakukan dari Malaysia utk dorang?

1) Berikan sumbangan ikhlas anda kepada tabung Palestine..xkire lah berapa sen yg anda bg, yg penting, niat anda ikhlas utk membantu..even anda rase jumlah 10 sen tu begitu kecil, tp ianya sgt dihargai di sana..dan yg paling penting, apabila anda ditanya di akhirat kelak "Apakah yg kamu lakukan utk agama Allah?", nescaya anda sudah mempunyai at least satu jawapan :) In shaa Allah~

2) Boikot semua barangan buatan Israel Laknatullah dan barangan2 yg memberi dana kepada Israel..even ak sendiri xmampu utk boikot semua barangan tersebut (sbb ak suke minum Milo, Milo tu plak dr Nestle), tp sekurang2nya boikot laa ap yg kite rse mampu..cam Starbuck, McKiller, dan Coca Killer tu, korang xpayah laa beli or pegi ke sane..makan je burger tepi jalan ngn minum je air masak kt umah..dah tentu lebih menjimatkan wang anda dan lebih sihat compare ngn fast food dorang tu..cam ak, ak cuba kurangkan penggunaan Milo tu, try2 minum air masak lak :)

3) Solat hajat dan berdoalah utk mereka di sana..jangan lupe, doa tu senjata orang mukmin..malah ianya senjata yg jauh lg hebat dan canggih dari senjata2 Israel Laknatullah tu..kite xmampu berperang dengan peluru hidup di sisi dorang, tp kite berperanglah dengan mnghantar doa di sisi dorang..senang kan? tp hati kenalah ikhlas semasa berdoa tu..baru laa doa kite tu makbul dan berbisa..so, berdoalah seikhlas dan sekerap yg mungkin :)

4) Amalkan membaca Qunut Nazilah tiap kali selepas solat lima waktu..utk pengetahuan, qunut nie dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, dan penindasan oleh musuh-musuh Allah..berdasarkan hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W membaca qunut nazilah selama sebulan utk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah (sila betulkan jika aku tersilap)..so kawan2, pembaca2, amalkanlah qunut nazilah nie, inilah senjata kite..kite patut lebih bangga kerana senjata kite nie ternyata lebih berkuasa dan diiktiraf oleh maha pencipta..In shaa Allah :)

Bagi yg ingin menyalurkan bantuan, tgk gambar di bawah..aku sudah, anda bila lagi? :) aku derma melalui SMS :

Taipkan PALESTIN(Jarak)10(Nilai 10/5/3/1) dan hantar ke 39111.