Pages

Thursday, October 6, 2011

My Daddy's Project II (Homestay)

Selama ak menganggur 2 bulan kt umah nie, xde satu keje pon yg ak buat..kuar umah pon jarang, lagi2 lepas si A da pegi sambung belajar lepas setengah tahun die cuti..so, xde la citer yg ak nk share..ap yg ak nk citer kali nie, pasal projek sampingan ayah ak kt umah..lau aritu ak citer ayah ak buat kolam memancing ngan kolam ikan keli..kali nie, ayah ak cuba bisnes baru pulak, iaitu homestay..

Signboard kt depan umah ak

Utk pengetahuan, homestay ayah ak nie dah pon beroperasi selama 4 bulan lebih, dan beberapa customer dah pon menyewa semenjak ia dibuka..sekarang baru ade sebuah, dan ayah ak dah rancang nk tambah beberapa buah lagi pasni, insyaallah, bergantung kepada permintaan..homestay yg ad skrang nie diberi name Pok Teh Chalet, mempunyai sebuah bilik tido, sebuah bilik air dan sebuah ruang tamu / ruang keluarga..ianya dilengkapi dengan penyaman udara, televisyen, sebuah katil family size, water heater serta barang keperluan peribadi (toiletries)..sewa utk 2 hari 1 mlm adalah RM 130.00..waktu beroperasi pula, depends kt customer itu sendiri, anytime boleh sewa even cuti umum..time raye aritu pon ad 2 family yg datang menyewa..rumah ini xberapa besar, ianya sangat seswai utk low bajet rent dan seswai utk size family yg kecil serta yg baru berumah tangga =) Ini adalah antara view2 Pok Teh Chalet..

View dari hadapan

Ruang santai keluarga

Dilengkapi televisyen

Bilik tidur yg selesa

Bilik air yg bersih

Sekarang nie, ayah ak sedang berusaha utk menyiapkan umah chalet nombor duanya, iaitu Mok Teh Chalet..Mok Teh Chalet nie berbeza dr Pok Teh Chalet, kerana ia diperbuat dari kayu dan mempunyai unsur2 rumah melayu lama..dari segi size, Mok Teh Chalet lagi besar berbanding Pok Teh Chalet, dan hargainya nanti of coz lebih tinggi sedikit..ia mempunyai 2 bilik tidur, 2 bilik air, satu ruang tamu, serta mempunyai anjungan / wakaf / ruang rehat yg bersambung dengan beranda hadapan..kelengkapan dalamannya xdapat ak nyatakan disini sbb ianya belom lagi siap..umah chalet yg nie bakal siap lebih kurang sebulan lebih lagi, insyaAllah =) So, kalau anda semua berkenan nk menyewa salah sebuah chalet ayah ak nie, sila2 laa gtau ak..atau terus direct call ayah ak sendiri..hehe..mane laa tau, kot korang nk datang negeri ak, sedara mara kawen ke, ade gathering pape ke, event skola ke, tibe2 xde tempat nk stay, boleh laa dtg tido kt sini..lagipon chalet2 nie sume kt belakang umah ak je, bley laa korang datang main2 ngan ak..hahaha..pastu, lau korang yg dtg nie kawan2 ak, harga insyaAllah boleh diturunkan..harga kawan2 =) hehe....

Lebih kurang cani laa Mok Teh Chalet once da siap nanti