Pages

There was an error in this gadget

Thursday, March 10, 2011

My Daddy's Project (Kolam Memancing)

Akhirnya, ade jgk aktiviti ak kt umah setelah setengah tahun menganggur. Ayah ak sekarang sedang mengusahakan kolam ikan keli dan kolam memancing kt sawah terbiar belakang umah ak nie. Actually, tanah sawah nie kepunyaan arwah atuk ak (kalau xsilap laa). Bile tuan tanah da meninggal, maka, dah xde orang lagi yg nk mengusahakan sawah padi nie. So, segala rumput dan tumbuh-tumbuhan lain pon mula tumbuh dengan suburnya. Sebelum nie, tanah sawah nie lah tempat ayah ak memelihara kambing, lembu, dan biri-biri. Luas ? Luas tanah nie, lebih kurang 6 petak sawah, dan ayah ak pagar kt sekeliling sawah nie, so that segala haiwan ternakan ayah ak nie xkan dapat melarikan diri mereka. Hehe...Satu lagi petak sawah, ayah ak tanam rumput napier (lau nk tau, try google) dan rumput minyak (ak xtau name scientific rumput nie) utk dijadikan makanan kepada kambing2 dan juga rusa ayah ak. Rumput2 nie sume akan dipotong kecil2 dengan mesin pemotong rumput sebelum diberi kepada ternakan.


Jenis kambing yang ayah ak bela nie adalah dari baka Boer, kacukan kambing susu dan kambing daging. Kambing nie ayah ak beli kt Guar, Kedah, kt kawasan pengusahaan ternakan ladang milik RISDA. Kambing nie memang besar giler, dan ade 20 ekor kesemuanya. Actually, ayah ak nk beli 30 ekor, tapi lagi 10 ekor xdapat dihantar atas sebab2 kesihatan. Kambing tu kenalah sihat sepenuhnya dan memenuhi sume spec sebelum dapat dihantar kepada pembeli. Rusa plak ade 7 ekor, ayah ak beli dengan kawan die kt Bachok, Kelantan, 6 betina dan sekor jantan. Manakala lembu plak ade 4 ekor, biri2 ade 2 ekor (saje je bela biri2 nie, nmpak cute, so ayah ak beli, satu utk ak, dan satu utk adik lelaki ak), dan akhir sekali kambing kampung (kambing biase yg korang selalu tengok duk main2 tepi jalan) pulak ade 15 ekor.



Tapi tu sume dulu2 laa, long time ago punya story and bisnes. Sekarang nie cuma ade lembu je 2 ekor (anak dan ibu). Semua kambing2 (boer dan kampung), rusa dan lembu, ayah ak jual. Ada jugak sesetengah yg kitorang sembelih dan buat makan jamu orang2 kampung utk majlis kesyukuran, sembahyang hajat dan buat jamuan hari raya. Memang agak menguntungkan bisnes kambing ngan rusa nie, cuma ianya memerlukan kesabaran dan kerajinan. Actually, buat laa ape2 bisnes pon, dua benda nie memang patut kena ada. Korang tau, rusa ayah ak nie, ade jgk yg terlepas dari kandang. 2 ekor, sekor da kena tangkap, sembelih dan buat makan. Sekarang tinggal lagi sekor yg kini sedang bebas berkeliaran kt kawasan kampung ak. Dah berbulan lamenye rusa ayah ak yg sekor nie terlepas, sampailah sekarang, ia still lagi hidup bebas. So, sape2 yang nmpak, silalah tangkap then inform ayah ak di talian 019-9******. Mudah-mudahan kite sume dapat merasa daging rusa free kepunyaan ayah ak, InsyaAllah =)


Sekarang nie, kawasan sawah tu dah pon clear dari segala tumbuh-tumbuhan, kecuali rumput2 kemuncup, pokok semalu dan rumput padang biasa yg menjadi santapan lembu ak yg 2 ekor tu. Kolam ikan ayah ak sekarang nie dah pon siap dikorek, dan sekarang dalam proses mengisi air, membina pagar, tempat berteduh, tandas serta kerusi. Keje ak memang senang, tiap2 petang ak akan ke sini untuk meninjau keadaan kolam ayah ak nie dan kadang2 ak ada jgk tolong kazen ak (Abg Lan) siapkan kolam nie. Aktiviti terbaru ak kt kolam nie, adalah bekubang. Sekarang kn musim hujan, air dalam kolam nie makin naik, takat2 pinggang ak jgk laa dalamnye. So, mulai petang semalam, ak dah start terjun dan berkubang dlm kolam nie bersama2 ngan kazen ak tu, abg Lan. Memang seronok even air die ade bau cm tanah cket (name pon berkubang), dan petang nie, adik lelaki ak yg baru pulang dr asrama (MRSM Jeli, kot ade antara korang yg ex-mrsm nie, bagi femes cket skola korang, hehe) bakal join ak ngan abg Lan berkubang, berenang dan mandi-manda kt dlm kolam nie. Semalam hujan lebat, dan pagi nie plak mendung, sure air kolam tu makin dalam. Hahaha...Dan inilah hasilnya sekarang =)

Kolam Satu (kolam ikan keli)

Kolam Satu (dari sudut berbeza)

Kolam Dua (kolam ikan keli)

Abg Lan sedang buat keje

Nie telaga utk supply air ke dalam kolam2 tersebut

Kolam Tiga (kolam memancing)

Benda nie utk letak dalam telaga (kerek lago)

*******

Kolam nie bakal siap dalam bulan depan dan akan mula beroperasi sepenuhnya di pertengahan tahun ini (maybe pertengahan bulan 4 atau awal bulan 5). So, sape2 yg rase nk memancing ikan, or nk beli ikan keli, silalah datang ke kolam ikan ayah ak nie kt Jalan Seterpa, Peringat, Kota Bharu, Kelantan (nasib xletak full address). Sume bayaran, harga, ak xdapat nk mention lagi kt sini sebab kolam nie pon still under construction lagi. Anything ak akan update next time, InsyaAllah. Tu pon kalau lah ak still ade kt umah time kolam ikan nie dah mula beroperasi (rasenye agak mustahil, sebab lagi 4 hari ak dah pon start standby, sea calling, hahaha...) Sekian, wassalam =)

Monday, March 7, 2011

Home Sweet Home

Hari ini, sudah hampir setengah tahun (6 bulan) aku menganggur kat umah. Rutin harian ak kt umah nie memang membosankan, semuanya sama sahaja yg ak lalui tiap2 hari. Orang sume tanya, da boring, nape ak xkuar umah. Padahal kete ade, moto pon ade. Kete kat umah ak nie, yg xpakai ade 3 buah, bukan ak nk membangga diri, tp ak juz nak tegaskan yg ak nie memang xsuke kuar umah, nk buat cane lagi. Paksa pon xde gune. Kuar jgk laa kadang2, nk beli topup, buang sampah, lawat kubur, dinner ngan family. Ak betol2 kuar juz bile teman wanita ak (ayat skema) balik time2 cuti. Haaa, mase si dia kt umah nie lah ak baru ingat nk pakai baju (most of the time lau kt umah, ak juz pkai short pants, without any shirt), baru cari wallet, baru nk cari kunci kete (kete biasa je, kancil standard kesayangan mak ak), pastu baru ingat nk drive. Yes, ak juz kuar umah untuk dating only. Hahaha~ Member2 ak ade jgk yang ajak kuar main boling lah, snooker, jamming, dan xkurang jgk member2 yg ajak ak kuar "dating", tapi sume ak tolak. Kadang2 je laa bile da betol2 boring, ak kuar jgk pegi join dorang. Takot kang dorang cakap ak anti-sosial lak, susah~



So, rutin harian yg biasa ak buat kt umah tiap2 hari, pukul 6.30 pagi ak akan bangun semayang subuh. Kadang2 ak bangun lagi awal, depends laa, tengok si dia kejut ak pukul brape. Untung kan, ad tukang kejut peribadi =D Hak3~ Tapi kadang2 ak pon ade jgk kejut die, gilir2 laa, tengok sape yg bangun dulu. Pas siap semayang subuh, ak terus mengadap laptop ak nie, online, bukak facebook, check inbox mesej, notifications, friend requests (kalau ade laa). Kalau time ak malas nk online, ak sambung tido balik sampai lah si dia wish "Good Morning" kt ak. Means, ak akan bangun balik once die text ak je, tidak, dekat2 tengah hari jgk laa ak baru celik mata. Lepas breakfast, ak akan tengok tv, channel 613 NICK, ak tengok laa segala kartun yang ditayangkan kt tv sampai ak rase ngantok. Lau ngantok, ape lagi, terus ke bilik then tido sampailah ak rase nk bangun, ataupon si dia text ak. Untuk pengetahuan, si dia nie da memang jadi jam loceng ak. Dan ak boleh agak bile mase die akan text ak tiap2 hari =)


Lepas lunch barulah aktiviti ak jadi xtetap. Kalau ak xtido sampai petang (pukul 4 baru bangun when tido after zohor) ak akan online, update blog laa, bukak facebook, dengar lagu kt youtube, bace lyric lagu2 yg ak minat, xpon ak akan ke sawah padi kt belakang umah untuk layan blues kt sane. Sekarang nie, ayah ak buat projek kolam ikan keli kt sawah padi terbiar kt belakang umah ak, so, kerap jugak lah ak amik2 angin kt sana. Sambil2 bagi lembu ak yg dua ekor tu minum air, ak akan duk kt bawah pokok rendang yg banyak kt sawah tu, pasang lagu kt fon, sambil dengar, sambil ak ikut nyanyi, then tido kt situ. Pastu cam biasa laa, si dia akan kejut ak once die pon dah abes class. Xpon, ak akan bangun bile rase cm da puas tido, then baru balik umah. Petang plak, ak online kejap, check2 facebook, then kuar rehat2 kt kerusi batu yang ayah ak beli, kt bawah pokok manggis tepi umah ak. Sambil tengok gelagat adik2 ak duk mengayuh basikal, sambil2 ak layan si dia, mesej or calling2. Kadang2 bile da boring sangat (bile si dia not available), ak akan usik adik bongsu ak sampai die nangis. Ak paw basikal die, kayuh laju2, die plak kejar ak dari belakang. Yela, xpuas hati ak curi basikal kecik die tu. Puas hati ak bile dengar die melalak nangis kuat2 time2 ak boring nie. Hahahaa....


Malam lak, lepas isyak dan dinner, ak akan online, dan cam biasa laa, buat ap aktiviti yg orang selalu buat time online, surf itu, surf ini. Bile da boring, ak shut down laptop then tengok tv plak. Ak nie xkisah citer ape pon, ak main tengok je sume yg kuar kt tv, xde fevret movies bg ak, kecuali citer Spongebob Squarepants yg memang xboleh ak tinggal. Pastu, bile tiba certain time, si dia akan text ak. Maka aktiviti ak akan tamat bile si dia start messaging or calling. Hari ak akan ended once si dia wish "Good Night". Esok, sume aktiviti yg ak buat hari nie akan start balik, dan sumenya will be the same. Itulah aktiviti yg ak selalu buat tiap2 hari selama setengah tahun ak menganggur kt umah lepas tamat pengajian. Actually, hidup ak xdelah hari2 cani selama setengah tahun tu. Ad jugak perubahan, contohnya ak kena attend modular courses kat Melaka, pegi Kuala Lumpur utk urusan company, attend exam company kt Kelang, dan lain2. Cuma yg nie adalah major aktiviti yg ak buat time ak kt umah. Untuk pengetahuan, lagi dua minggu, ak akan berada dalam mood standby. Means, anytime company akan panggil ak untuk join ship then sailing as an engineer onboard.


So, sekarang ak akan menghargai setiap detik ak selagi ak masih kt umah. Ak akan guna mase ak betol2 ketika masih dapat bersama dengan insan2 yang ak cintai. Bila ak da start sail nanti, ak akan tinggalkan segala kehidupan ak yg bosan nie, dan akan mula hidup sebagai seorang pelaut (kehidupan yg xnormal dan hanya Tuhan saje yg tahu). Walla'hualam~ 1 weeks to standby...