Pages

Sunday, January 23, 2011

Honeymoon at Kharg Island, Iran

Setelah sebulan perjalanan untuk kembali semula ke timur, kapal ak akhirnya tiba dengan selamat kt port seterusnya, Kharg Island, Iran. Sedikit trivia menganai Kharg Island. Kharg Island pernah menjadi terminal minyak mentah terbesar dunia sehingga akhir tahun 1986, setelah ianya dibom oleh tentera udara Iraq semasa perang Iran - Iraq sekitar tahun 1980 sehingga 1988. Perang nie juga dikenali sebagai "Persian Gulf War". Proses utk repair balik segala facility kt Kharg Island nie sangat perlahan walaupun selepas tamat peperangan.


Berbalik pada situasi ak kt sini. Kt Kharg Island, kapal ak dikehendaki utk loading cargo yg paling mahal, paling bersih, dan paling leceh procedure tank cleaning nya, iaitu Methanol. Sebanyak 5 tank kitorang perlu load Methanol nie. Sesampainya kt sini, deck cew mula bekerja, tank cleaning operation. Proses tank cleaning kali nie dilakukan dengan begitu teliti utk memastikan kebersihan tank berada pada tahap Methanol Grade. Kali nie, pengalaman dan kecekapan chief mate betol2 diuji. Lagipon cargo kali nie paling mahal. Dan kapal kitorang kena amik cargo utk kapal Melati Tiga sekali, sebab Melati Tiga xboleh load cargo nie, die pny tank tak memenuhi spec yg dikehendaki.


Setelah selesai tank cleaning, kapal kitorang pon masuk la ke pelabuhan nie. Lepas tank kena inspect, pegawai port xpuas hati dengan mutu kebersihan tank kitorang.So, kitorang pon kuar balik then anchored kt kawasan berdekatan. Proses tank cleaning pon bermula lagi dan kali nie, chief mate cuba teknik yg lain pulak. Ak pon xpasti kaedah ap yg dia pkai tapi yg ak tau, die ckp nk try care lain plak. Maka deck crew pon start buat balik tank cleaning. Dorang keje sampai tengah malam. Lusa, kami cuba lagi utk load cargo tu. Tapi setelah tank2 diperiksa oleh pegawai port, cuma satu daripada 5 tank yg lulus. Selebihnya perlu dicuci lagi sebab kandungan chloride yg still tinggi. Lepas da load satu tank, kitorang kuar balik then anchored utk buat tank cleaning lagi. Kitorang kuar masuk port nie sebanyak 5 - 6 kali, dan buat tank cleaning setiap kali kuar port. Sampai ak pon da muak tengok muka pegawai port yg duk inspect tank kapal kitorang.

Kharg Island, tempat yg macam wiper tu lah kapal kitorang long side

Kharg Island, view dari kapal ak

Air pollution

Tank minyak mentah

Oil refinery

Still ad tempat yg dalam proses pembinaan

Orang kate, nie temple

Power plant kot

*******

Setelah 3 minggu lebih kitorang tersadai kt Iran nie, chief mate nk guna inisiatif lain pulak utk cuci cargo tank. Die nk cuci totally pakai Methanol sendiri. So, die tempah la beberapa puluh drum Methanol utk buat tank cleaning lagi. Biase sebelum2 nie, cuci pkai fresh water dan steam. Maka, deck crew pon mulalah buat keje tank cleaning nie lagi. Kesian dorang kena keje ekstra time, sampai malam pon xstop2 lagi duk cuci tank. Tiap2 malam jugak laa deck cadet Azlan duk mengadu penat kt ak ngan Rijal. Yela,deck cadet cuma dua orang mase tu (opss, lupe nk mention, mase 3 orang engine cadet sign on kt Sandakan tempoh hari, ada sorang deck cadet bersama dorang, deck cadet Habib dari Indonesia). Lepas tank da siap cuci, dan diperiksa sendiri oleh chief mate, tank kapal kitorang still under Methanol Grade. Chief mate da cam putus asa, da dekat sebulan kot tersadai kt sini. Voyage seterusnya pon da lame tertangguh. Kitorang pon cuba laa lgi utk load cargo tu next day. Syukur, 2 tank lulus utk load Methanol. Lagi 2 tank yg diperiksa memang xdapat diselamatkan. So, yang tu memang xboleh buat apa2.


Fuhh, sebulan kitorang tersadai kt Iran. Da la kt Kharg Island, lau betol2 kat bandar Iran xpe laa jugak. Kat sini, nk turun shore pon xde mood. Kharg Island memang betol2 xde pape selain terminal minyak mentah, port, pastu kilang. Cuaca da laa panas berdebu, memang best honeymoon lame2 kat sini =) Dan sepatutnya kapal kitorang still kena load cargo kt sini, tp kapten da decide nk tinggalkan kawasan nie secepat mungkin. Sebab company da cancel loading Methanol dan kitorang kena teruskan perjalanan ke next port, Al-Jubayl, KSA. Kat Al-Jubayl, kitorang discharge beberapa tank kecik je. So, kejap je kt sana dan xde pape ak nk kongsi, lagipon ak xturun shore. Lepas Al-Jubayl, kitorang pergi ke Bandar Abbas, Iran, utk discharge cargo yg kitorang amik kt Rotterdam. Jumpa lagi ngan negara Mahmoud Ahmadinejad nie. Trauma tersadai sebulan kt Kharg Island pon xhilang lagi. Hahahaha~


Lepas Bandar Abbas, kitorang pon gerak ke port terakhir (terakhir bagi ak sebelum ak sign off kt Port Kelang). Next port, and last port, Sikka, India. Kat sini kapal kitorang discharge cargo dan stay selama 2 hari. Sebab tank yg terlibat pon agak besar. Kat sini, ak xturun shore sebab kitorang ad emergency kt engine room. Boiler punya main panel breakdown, kena air. Problem nie agak serious, sebab lau boiler xfunction, kitorang xleh heat up cargo tank ngan segala tank dalam engine room nie. Lecky lah akan jadi orang yg paling serabut. 2 malam die xtido, duk keep up repair main panel nie. Engineer lain pon ad tolong die jgk, same2 keje laa. So, lepas 2 hari repair, baru lah panel tu berfungsi ngan normal cam biasa. Maka, kapalku teruskan sisa perjalanannye lagi utk ke next port, Port Kelang, Malaysia.....

No comments:

Post a Comment