Pages

Monday, January 17, 2011

Typhoon during Voyage to Ningbo, China

Lepas 2 hari lebih ak kt South Korea, sekarang kapal ak akan turun plak, heading ke China. Port seterusnye, Port of Ningbo. Sedikit overview pasal Port of Ningbo nie. Port nie adalah port yg terpenting dan paling sibuk kt Tanah Besar China. Port nie terletak kt bahagian sungai Yangtze, means kapal kitorang akan melalui jalan sungai untuk sampai ke port nie. Port nie terlibat dengan perdagangan ekonomi dengan lebih dari 560 buah port di 90 buah negara di dunia. Port of Ningbo nie juga merupakan sebuah modern multi - purpose deep water port dimana ianya terlibat dengan sume jenis kapal, container, chemical tanker, oil tanker dan coastal ship (kapal2 pesisir pantai). Ia juga dilengkapi dengan purpose - built terminal utk kapal container generasi ke-enam (kapal container yg supersize MORE THAN 8000 TEU) dan juga utk chemical tanker 50,000 tonnage. So, port nie memang universal, dan sume kapal boleh dtg ke sini. Perjalanan dari South Korea ke sini memakan masa selama 3 hari (sepatutnya).


Kenapa sepatutnye? Kapal ak lambat sampai dari yg sepatutnye ke? Yup, kapal kitorang sepatutnya sampai kt Ningbo 3 hari kemudian. Tapi kitorang terpaksa tukar haluan utk menjauhi China. Semuanya kerana Taufan Ketsana yg melanda pesisir China ketika tu. So, semua port yg terjejas dengan taufan tu ditutup buat seketika. Taufan Ketsana nie bukan juz happen kt China je, tapi turut berlaku kt Filipina, Kemboja, Thailand, Vietnam dan Laos. Kelajuan angin yg dicatatkan ketika Taufan Ketsana melanda adalah 165km/h. Dan kawasan yg paling teruk terjejas dalam taufan nie adalah Filipina.

Ketsana Typhoon

Petikan dari rencana Taufan Ketsana kt Manila yg ak amik dari kapal ak :
"Bandar raya Manila dan kawasan sekitarnya dilanda banjir yang teruk lebih 12 jam. 80% ibu negara Filipina itu lumpuh kerana jalan raya, kawasan perumahan , perniagaan dan pejabat ditenggelami air banjir. Kerajaan terpaksa mengisytiharkan kecemasan kerana paras air mencecah paras dada. Banjir melanda 25 wilayah. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam tempoh 42 tahun. Banjir dari hulu sungai membawa lumpur dan kayu-kayu dan merempuh rumah-rumah di sepanjang tepi sungai. Laporan televisyen menunjukkan rumah penduduk di tebing sungai dihanyutkan air dan merempuh jambatan. Mereka memanjat bumbung rumah bagi menyelamatkan diri kerana paras air meningkat secara mendadak. Jalan raya dan lebuh raya bertukar menjadi 'sungai' dengan arus kuat. Tanah runtuh berlaku di beberapa tempat dan meranapkan rumah-rumah di laluannya. Berpuluh-puluh maut atau hilang dalam lumpur tanah runtuh. Panglima tentera Filipina, Jeneral Victor Ibrado meninjau keadaan dari helikopter dan mengenalpasti kawasan bermasalah dan mengarahkan pasukan bantuan. Ada yang bergayut pada tiang dan kabel elektrik . Mereka yang dipindahkan telah ditempatkan di 100 buah sekolah dan gereja. Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilberto Teodoro melancarkan operasi menyelamat mangsa di kawasan terbabit. 51 orang disahkan maut, manakala 21 lagi hilang. Lebih 4,000 sudah diselamatkan oleh pasukan helikopter dan bot penyelamat. Lebih 280,000 penduduk Manila terpaksa pindah meninggalkan kediaman. 41,000 mangsa di lima wilayah dipindahkan ke 92 pusat pemindahan sementara. Polis, tentera dan sukarelawan digerakkan ke kawasan kecemasan. Gabenor Joselito Mendoza dari wilayah Bulacan di utara menyatakan rumah penduduk, kereta, tanaman dan harta-benda habis musnah dan ada penduduk yang mati lemas dalam rumah sendiri. Lapangan terbang juga ditutup buat beberapa jam."








*******

Itu apa yg berlaku kt sana. Tapi ak kt atas kapal nie plak, xdela seteruk nasib mereka kt sana, sebab kapal kitorang berjaya escape dari keganasan taufan tu. Mase tu kitorang start rase ombak yg agak bergelora, dan kapal ak pon rolling dan pitching semacam je. Lagi kuat dari biasa. Segala kerja2 kt atas deck ditangguhkan sebab angin yg kuat serta hujan lebat. Keadaan mase tu mmg xmengizinkan utk sesiapa kerja tak kira atas deck mahupon engine room. Kitorang kt engine room kena secure sume barang2 yg ada kt dalam engine space, workshop dan lain2 room. Kitorang xmau nnti something bad happen kt dalam engine room dan effect kt operation setiap machinery time2 taufan camni. Sumenye kerana nyawa setiap crew akan terancam lau tiba2 engine kapal stop atau rosak tetiba mase2 nie. Yela, kapal kitorang tengah tukar haluan, nk larikan kapal sejauh mungkin dari pusat taufan tu. Kita xboleh jangka pergerakan taufan tu ke mana dan dari mana ia akan datang. So, better keep as far as possible dari affected area.


Lepas da settle sume kerja secure barang, ak ngan Rijal pon naik la ke atas utk get ready nk bukak puasa. (so far da 3 hari ak skip puasa =P) Kitorang nk having meal time bukak puasa hari tu memang cukup2 seksa tp kelakar. Kapal tengah duk rolling giler2, kitorang nie kenalah jaga pinggan mangkuk masing2 takot2 jatuh ke lantai. Ak nie, sebelah tangan nk suap nasik, sebelah tangan lagi nk pegang gelas, pastu lengan ak plak duk kepit pinggan takut jatuh ke bawah, kaki pulak duk hold kerusi sebab kerusi duk gerak2 ikut badan kapal. Memang seksa, tp jadi lawak bile tengok sume crew pon camtu jgk. Masing2 makan pon xselera.


Tengah kitorang duk makan2, tibe2 kapal kitorang rolling teruk giler. Sekali rolling (35 degree), kitorang sume tergerak kekanan ramai2. Sekali lagi rolling, kitorang sume tercampak plak ke kiri. Sume pinggan mangkuk cawan gelas kitorang tah kemana2 mase tu, sume terbang sana sini. Keadaan bertambah kalut bile lampu hampir2 terpadam (generator kapal hampir trip sebab keadaan kapal yg extreme). Kapal berterusan rolling teruk camtu utk seketika, dalam 7 - 8 kali rolling. Mase tu sume kerusi kt mess room berterabur, lauk2 kat galley pon da bercampur aduk kt atas lantai. Sume da tumpah dan xbley makan. Itu belom lagi tengok kt bilik, dengan laptop, pakaian2 dalam locker, barang2 dalam laci, tv, radio sume jatuh berterabur atas lantai. Dalam engine room xtau laa cane. Keadaan dalam kapal mase tu memang huru hara. Yang ak fikir mase tu, cane nk continue survive lau keadaan berterusan camni.


Chief mate datang kt mess room pastu, die juz suruh kitorang sume tenang dan standby lau in case jadi pape yg buruk kt kapal. Die suruh kitorang standby sume barang2 emergency letak kt tempat yg senang nk amik. Ak ngan Rijal memang da rase takot sangat2 da. Ak duk teringat kt umi, ayah, adik2, ngn sume kawan2 ak da mase tu. Tak lupe jgk kt si "A". Hahaha (sempat lagi). Dalam setengah jam lepas tu keadaan mula jadi reda sedikit, tp kapal still lagi rolling (10 -15 degree) cam awal2 tadi. Kitorang pon sume terus ke bilik masing2. Nk kemas2 balik sume barang yg bersepah. Da la lapar, makan xkenyang, baru 5-6 suap nasik, da tumpah. Air sirap limau yg best tu pon ak xsempat nk minum. Memang best mase tu, dugaan. Lepas da siap kemas2 barang sume, ak ngan Rijal pon pegi semula ke mess room, nk makan laa, ape lagi. Kitorang amik megi, then makan sampai muak. Mase tu chief cook ngan steward tengah busy kemas2 galley. Kitorang pon pegi laa tolong2 dorang after da kenyang makan.


Tapi pape pon, kitorang syukur sebab stil lagi manage to survive even dalam keadaan teruk camtu. Utk pengetahuan, terdapat 2 buah kapal container yg karam dalam taufan tu. 31 orang crew still lagi hilang sehingga ke hari nie. Itulah antara bahana Taufan Ketsana yg berlaku pada hujung September 2008 =)

2 comments:

  1. alhamdulillah, selamat....serius takot, esp. bile bace yg last paragraph T_T

    ReplyDelete
  2. yup,alhamdulillah...sume nie cabaran wak :) nnti awk doa laa bebanyak kt sy..bio slamat~

    ReplyDelete