Pages

Thursday, October 11, 2012

Hang in There Little Adam !!

Entry kali nie ak nk share citer pasal kisah menyayat hati seorang bayi bernama Ahmad Adam Syukri..first ak tahu pasal baby nie melalui post someone kt facebook..first time ak tgk picture baby nie, ak tertanya2 dalam hati "nape baby nie jadi cani? ape masalah baby nie? die sakit ape?" So, ak going thru page facebook Ahmad Adam Syukri nie utk mengetahui ape sebenar masalah yg baby nie alami..kat page die, ak scroll2 mouse ak, perhati setiap gambar die yg diupload kt situ..dengan xsemena2, air mata ak mengalir melihat keadaan baby nie..

Bagi yg masih xtahu siapa itu Ahmad Adam Syukri, die merupakan seorang bayi comel berumur 7 bulan, yg dilahirkan pada 4 Mac 2012 tanpa sebarang kecacatan fizikal..namun, takdir Ilahi telah menyebabkan sesuatu terjadi ke atas dirinya dan juga keluarganya..sewaktu dilahirkan, Adam lahir secara vacuum dan keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen..scan MRI pada 9 Mac 2012 menunjukkan otak Adam mengalami brain damage (severe HIE) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak..Adam tidak pandai menelan air liur dan disebabkan itu, die terpaksa bergantung pada mesin suction utk menyedut air liur dan kahak di dalam rongga hidung dan mulutnya..Adam juga terpaksa bergantung kepada mesin oksigen utk terus hidup..kedua2 belah mata Adam mengalami luka dan tidak dapat berfungsi..begitu juga dengan telinga kanannya yg tidak dapat mendengar kerana mengalami kerosakan pada bahagian dalam telinganya..doktor pakar mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluangnya utk hidup dan berjalan seperti kanak2 normal lain amatlah tipis..doktor pakar tersebut mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak..






Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..begitulah yg dialami oleh Adam dan keluarganya..pagi semalam ak mengikuti kisah dorang melalui MHI (Malaysia Hari Ini), di mana MHI telah mnjemput kedua orang tua Adam ke studio..ibunya telah berkongsi segala kisah pahit manis hidupnya sepanjang membesarkan Adam..berikut adalah antara kisah yg ak dengar melalui ibunya semalam..

Ibunya terpaksa bercuti tanpa gaji demi menjaga Adam yg terlantar sakit..kos utk menampung perubatan Adam setiap bulan amatlah tinggi, iaitu sekitar RM 3000 sebulan..pendapatan bapanya pula tidak cukup utk menampung perbelanjaan perubatan Adam dan pernah suatu ketika, mereka kehabisan susu utk Adam..ibunya terpaksa menahan malu meminta ehsan dari orang ramai semata2 utk membeli susu kepada Adam..ada jg insan yg sudi membantu, dan ad juga yg memberi seribu satu alasan..kesusahan ini telah memaksa ibunya utk berhutang dengan ceti bagi menampung keperluan Adam dan bg kos perubatannya..

Sewaktu ditanya oleh pengacara MHI mengenai cara penjagaan Adam kt rumah, ibunya menceritakan bahawa Adam tidak boleh dibiarkan bersendirian walaupun hanya satu jam..pernah satu ketika, ibunya yg kepenatan tertidur hanya sejam, dan apabila terjaga, Adam sudah pon kebiruan kerana tidak dapat bernafas..susah kn nk jaga Adam? Ada satu ketika juga, pernah blackout di kawasan perumahan mereka..seperti yg anda tahu, Adam bergantung sepenuhnya pada mesin2 utk terus hidup..so, mesin2 tersebut stop semasa blackout..Adam tidak dapat bernafas kalau mesin2 nie xberfungsi..maka, ibunya sanggup berkorban utk Adam dimana die telah menyedut air liur dan kahak Adam bg membantu Adam bernafas semula sebelum membawanya ke hospital..seriously, air mata ak mengalir setelah mndengar kisah yg ibu die citer nie..

Bagi sape2 diluar sane yg sudi membantu Adam, anda bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke akaun ibunya..sekurang2nya, setiap sen yg anda salurkan, dapat membantu Adam dan keluarganya mengurangkan beban dan menjadi saham akhirat utk anda kelak..InsyaAllah~

AHMAD ADAM SYUKRI

NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TAMAN SUSUR JAMBU
JALAN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK

MOBILE : 013-3439702
02040007292201 CIMB BANK
NORAISYAH MD MALENA

No comments:

Post a Comment