Pages

Tuesday, October 9, 2012

World of Ghost Ship

Entry kali nie sesaje je ak rase nk share pasal kapal2 hantu yg ak tau kt korang..mne tau kot2 pasni korang nk sailing ke, kot terserempak ngn kapal2 yg ak citer nie, bley jgk korang amik gambar kapal2 tu..lau berani, try follow kapal tu, then naik..mne tau kot jumpe harta karun ke..hehe~

The Octavius
Kisah pasal kapal nie bermula dari tahun 1775 lagi..kapal nie dijumpai kt area Greenland oleh sebuah kapal whaler Herald (kapal penangkap paus)..kapal tu dikatakan sail tanpa arah dan keadaan layarnye agak teruk sbb da koyak2..dorang decide utk boarding kpl tu utk kenal pasti samada kapal tu still ad orang kemudi atau tidak..atas kapal tu, dorang jumpa mayat2 yg beku and almost perfectly preserved..dorang juga turut menjumpai mayat kapten kapal tu yg still lagi duduk kt meja dlm cabin die, dgn pen yg still lg kt tangan die, maybe sebelum die frozen tu, die tgh nk isi log sbb captain's log ad kt depan die..dlm bilik tu jgk, dorang menjumpai mayat wanita ngn mayat kanak2 lelaki kt atas katil..lepas dorang ambil captain's log, dorang terus beredar dr kapal tersebut..berdasarkan captain's log, entry last yg tertulis kt situ adalah pada tahun 1762, means, kapal tu dah 13 tahun drifting kt kawasan Artik..

The Octavious

Schooner Jenny
Kapal kecik nie dikatakan membeku kt laluan berais di Drake Passage pada lewat tahun 1823..kapal nie dijumpai oleh sebuah whaler Hope pada tahun 1840, dengan keadaan sume crew kapal yg mati membeku..same cam keadaan The Octavius jgk..dorang berjaya mnjumpai captain's log, dan kt last page bertulis "May 4, 1823. No food for 71 days. I am the only one left alive"..kapal nie mempunyai tujuh orang crew termasuk seorang wanita, dan seekor anjing..crew whaler Hope telah menyemadikan kesemua mayat Schooner Jenny kt laut..kisah mengenai kapal nie telah diabadikan di dalam puisi Asutralia "The Ship of Ice"..

Schooner Jenny

S.S Ourang Medan
Maksud name kapal nie adalah Orang Medan..kapal nie merupakan kapal kargo Belanda yg telah menjadi shipwreck di perairan Indonesia selepas semua crewnya mati dalam keadaan mencurigakan..kisahnye bermula pada tahun 1948, dimana dua buah kapal Amerika yg melalui Malacca Straits (selat Melaka) menerima distress messages dr kapal Ourang Medan..beberapa code morse yg diterima termasuklah "All officers including captain are dead lying in chartroom and bridge. Possibly whole crew dead." then diselangi dengan mesej2 yg tidak dpt difahami, diikuti oleh mesej terakhir "I die." then terus senyap..beberapa ketika kemudian, kapal2 nie pon tibalah di lokasi di mana kapal SS Ourang Medan menghantar mesej utk misi menyelamat..SS Ourang Medan dikatakan tidak mengalami sebarang kerosakan..apa yg dorang jumpe kt atas kapal tu hanyalah beberapa mayat yg bergelimpangan, termasuklah bangkai seekor anjing dalam keadaan posture yg teruk..tiada yg terselamat, dan tiada kesan cedera pada mayat2 tersebut..selepas itu, api dikatakan tiba2 menyala di bahagian kargo, memaksa anggota2 menyelamat turun dr kapal tersebut..kapal itu pon meletup, dan terus tenggelam..kejadian sebenar yg menimpa crew kapal SS Ourang Medan kekal menjadi misteri sehingga sekarang..

SS Ourang Medan

The Bel Amica
Kapal nie dijumpai di pesisir Pulau Sardinia berdekatan Punta Volpe, Italy pada 24 Ogos 2006..pasukan coast guard Italy menjumpai kapal nie tersadai di tepi pantai tanpa crew..pasukan coast guard tu pon naik atas kapal tu dan bawanya keluar dari pesisir..once dorang naik kapal tu, dorang menjumpai makanan Arab yg separuh terusik, peta Afrika Utara berbahasa Perancis, beberapa longgok baju dan bendera Luxembourg..tiada sebarang dokumen yg dijumpai di atas kapal tersebut..

The Bel Amica

Kobenhavn (Big Dane)
Kapal nie merupakan kapal layar terbesar yg pernah dibina pada mase tu, dan digunakan sebagai naval training vessel..pada pelayarannye yg ke-sepuluh, iaitu yg kali terakhir pada 21 September 1928, seramai 75 orang crew dan seorang kapten menyertai pelayaran tersebut..mereka berangkat dari Europe untuk menurunkan kargo berupa kapur dan simen di Buenos Aires dan mengambil kargo lain utk dibawa ke Melbourne..dan selepas itu pulang semula ke Europe dengan kargo lain dari Melbourne..pada 17 November 1928, mereka selamat tiba di Buenos Aires..selepas itu, pada 14 December 1928, mereka berangkat utk ke Melbourne..perjalanan mereka dijangka smengambil mase selama 45 hari dan pada tarikh mereka sepatutnye, kapal mereka masih lagi tidak kunjung tiba..menurut sebuah kapal steamer William Blumer, mereka pernah bertukar2 mesej dengan kapal tersebut pada 14 December 1928 di Tristan da Cunha, Atlantic Ocean..dikatakan perjalanan mereka adalah menuju ke lokasi yg same..pada mlm tersebut, steamer William Blumer cuba utk mnghubungi lagi Kobenhavn tp xde jawapan..start dari mlm tu, xde pape lagi yg dpt didengari dari Kobenhavn..kehilangan kapal tersebut kekal menjadi misteri sehingga sekarang..

Kobenhavn (Big Dane)

So, inilah sedikit sebanyak citer mengenai kapal2 hantu yg ak tahu..actually byk lagi yg ak tau seperti Mary Celeste, The Flying Dutchman, The Lady Lovibond, The Palatine Light, The Caleuche, dan lain2 lagi..tapi ak xberminat sangat utk citer pasal kapal2 tersebut sbb ak rase ianya sekadar mitos dan lagenda sahaja..hehe~ ap yg ak citer kt atas tu merupakan yg betol2 berlaku (aku rase laa, sbb based kt bahan2 bukti yg orang jumpe)..so, that all yg ak nk share ngn korang, enjoy reading....and for sailors, enjoy sailing =)

No comments:

Post a Comment