Pages

Wednesday, February 9, 2011

Dead Ship

Perjalanan ak dengan kapal nie xjauh dan xlama. Road kali nie, Halal Service juz sekitar Timur Tengah then balik semula ke Malaysia. Sebulan sekali mesti masuk Port Kelang, Malaysia. So, xdelah ak terasa jauh sangat dengan orang2 yg ak sayang, terutama umi ak, sebab sebulan sekali ak boleh call, gayut lame2 pada kadar serendah 3 sen seminit. Hahahahaa~ Thanks CELCOM. Lagipon, ak ngan si "A" makin rapat dan hubungan kami bertambah baik sejak akhir2 nie =)


Setelah 3 bulan perjalanan ulang alik dari sekitar Timur Tengah dan ke Malaysia, kitorang mendapat informasi yg menyatakan beberapa buah kapal termasuklah kapal ak nie akan mengikuti siri LAYOUT kt muara Sungai Linggi. Layout nie bermaksud, kapal ak akan dikosongkan dari segala cargo (kontena-kontena), tidak akan terlibat dengan segala cargo operation, segala auxiliary machinery akan dikurangkan operasinya (bagi menghadkan penggunaan electric dan seterusnya dapat meminimakan penggunaan minyak) dan segala main machinery cam main engine, boiler, steering gear dan lain2 akan dihentikan operasi, dengan kata lain kapal ak akan "SHUT DOWN" atau mati seketika kt sana. Semua nie gara2 kegawatan ekonomi yg melanda dunia (ak hentam je), so bisnes xdapat diteruskan lagi. Dengan kapal yg akan dihentikan operasi nie, bilangan crew juga akan dikurangkan. Yela, kalau kapal xjalan, crew dah laa ramai, dorang nie sume plak xbuat keje, tapi gaji still jalan. So, bazir je kan? Langkah paling tepat, kurangkan bilangan crew di setiap kapal yg layout. Pelabuhan terakhir kapal ak sebelum layout adalah Port of Singapore, segala remaining kontena akan dibawa turun kt sini dan kapal ak akan kosong, kegersangan tanpa cargo. Then, kapal ak nie akan ke muara Sungai Linggi utk join kapal-kapal container MISC Berhad yg lain dan akan tersadai disini sampai lah ak sign off.

Saki baki kontena (nie kat depan)

Saki baki kontena (nie kat belakang)

Proses mengosongkan cargo (offload)

Akhirnya, kapalku kosong juga, sekosong jiwaku

Bergambar kenangan dengan kontena terakhir, aku ngan Yus

Kami saaaaaaayang kontena last nie

*******

Kt muara Sungai Linggi nie, sume kapal2 kontena MISC anchored dekat2. Lebih kurang 12 buah kapal (ak pon dah lupa) MISC layout kt sini, agak meriah. Lepas nie keje2 kitorang akan jadi lebih rilek sebab xbanyak machinery yg running. Generator yg jalan pon juz sebijik je, lagi dua standby. Pastu ak bley laa gayut hari2 dengan family, si "A" dan kawan2 ak yg lain. Best giler layout. Tapi itu ap yg ak fikir je. Actually bila kapal layout, banyak benda yg kitorang kena buat time nie. Most machinery yg xdapat kitorang repair sebelum nie, akan kitorang buat major overhaul time nie. Yela, time machinery out of operation je laa kita boleh bukak sana, bukak sini. Generator, boiler, main engine, steering gear, bow thruster, dan lain2 akan diservice dengan jayanya. Tambah2 lagi dengan bilangan crew yg akan dikurangkan. Yang tinggal cumalah 2nd engineer, 4th engineer, sorang greaser dan cadet2 (bagi engine department). Kesimpulannya, memang agak HELL la time layout nie bagi kitorang~


Sebelum crew2 yg bakal balik turun dari kapal, kapten dan beberapa lagi officer dari dua2 department ad buat meeting dan dalam meeting tu dorang plan nk buat macam2 aktiviti time layout nnti. Dorang nk buat seminggu yg penuh dengan aktiviti menarik, tanpa keje. Antaranya, perlawanan futsal, tug of war, karaoke, pertandingan memancing, larian merentas kapal (lau kt darat leh panggil merentas desa), Fear Factor (utk cadet sahaja), dan macam2 lagi permainan yg bakal mengisi masa kami selama seminggu nanti. Setiap pertandingan nie, pemenang akan dapat hadiah yg agak lumayan. Ak pon xtau ape jenis hadiah yg bakal kitorang dapat nnti (bajet cam boleh menang). Actually, xsemua cadet dapat rase pengalaman mase kapal tengah layout nie. Ak antara yang beruntunglah kirenya. Maka, tersadailah kapal ak kt sini, muara Sungai Linggi, dengan aman. Xde lagi negara2 luar yg boleh ak lawati lepas nie.


Aktiviti pertama kitorang time tersadai kt sini adalah, sesi fotografi beramai-ramai. Dan kt bawah nie merupakan foto kenangan crew Bunga Teratai Dua yg diambil oleh kamera ak~

Ni lah semua crew atas kapal ak

Engine Department

Deck Department

Chief engineer dan cadet-cadet

Kapten dan chief engineer

Chief dan 2nd engineer

OS, JR ngan 3rd engineer

Yang pakai short tu, lecky Syadan

Cooking expert, ni la Chief Cook kami

Greaser Halizan teringat kt awek

Lecky berebut camera ngan sape ntah
*******

No comments:

Post a Comment